+Follow MeDashboard
ƒond oƒ κindnɛss;



The Owner;

Welcome to my blog . muka ganas (ganas ke?) , tapi dalam hati ada taman :) hehe , aku suka warna pink & black dan jiwang -2 . wahhaha . gilak ! Please don't be a copycat or copydog . Just be yourself . Oke' beby :)
: Stalker Menyelinap masuk. I Love You.

home
about
stuff
tutorial


Be talkative;



Want join?



Credits;


Template is 100% made by Aulia Septiya
Inspiration: Ziera Sharplet
Helped: colour; picture;
All rights reserved ® Aulia Septiya 2011-2012.
Best view in Google Chrome


Luahan si debab !
Sunday, July 8, 2012 // 0 narnian

Assalamualaikum .

Terutama sekali , aku dah lama tak bukak dan update blog ^^ so selepas aku tengok muzikal filem hoore ! hoore ! terus hati aku terdetik nak update pasal tajuk at ats tu .

Aku akui tiada siapa ingin berfizikal besar dan saiz ekstra , namun kau perlu tahu , hidup ini umpama 5 jari kita , tiada yang sama , namun saling melengkapi . Tidak perlu mendambakan kesempurnaan , kerana setiap ciptaan Allah itu sempurna , dan indah .

“Mungkin aku tidak mampu temani kau bersukan , berjalan jauh dan temani membeli belah , mungkin aku buat kau malu jalan sebelah , mungkin aku buat kau malu depan keluarga dan rakan-rakan , mungkin juga orang seperti aku menghalang pandangan dan menggegarkan hidup kau , tapi orang macam kami juga ada perasaan , dan jiwa untuk dijaga”.



2009


Kerana itu orang debab suka berjenaka , menghiburkan orang lain , kerana itu sahaja yang kami mampu , meletak sedikit warna dalam hidup kau . Kami tidak mampu buat yang lain , yang lebih ekstrem , Cuma kami berharap , orang macam aku , selesa untuk menjadi pendengar dan penghibur . Aku tahu , ada yang cakap orang gemuk ini badut teman-teman . Tidak mengapa , kerana kami menutupi airmata kami dengan gelak tawa kami , mungkin palsu , dan mungkin tidak .



2010

Jadikan diri seperti sang suria , kadangkala orang benci kerana bahangnya , dan orang juga menyukai kerana harapan yang dibawa bersama .

Aku ingin menjadi seperti mentari . Mudah dilihat , susah untuk dilupa . Aku hanya mahu , orang saiz ekstra seperti aku dilayan sama , dan kurangkanlah sedikit pesimistik dan renungan sinis anda terhadap aku . Kau tidak tahu silamku . Kau juga berhak untuk mencaci , untuk melegakan hati kau .



2011


             Kami debab dan besar, kami senang kelihatan , dan banyak memakan ruang ,
    Tapi kami cuba untuk membahagiakan orang , walaupun banyak yang sinis memandang .





2012

So sekarang aku masih debab kan ? tiada sesiapa yang bagi kata - kata semangat yang elok - elok kecuali my parent , my family , my bff . Yang aku dapat cuma kata cacian yang korang bagi sampai hilang semangat aku . Thank you for everythings !